Tuesday, November 22, 2011

Apa itu Barracuda Indonesia?

Jika anda tidak tahu inilah kenderaan kereta kebal askar Indonesia yang dipanggil Barracuda. Kenderaan ini akan membawa sekali lagi pemain bola sepak Harimau Malaya pada final ASEAN 2011 malam ini sebelum ini pada peringkat kumpulan, pihak penganjur membawa Harimau Malaya pulang setelah berjaya mengalahkan Indonesia 1 - 0. Sebelum ini Piala Suzuki AFF pun naik Barracuda , so now wonder kalau lawan Indonesia mesti naik kebal ni. Aku malas nak ulas apa permasalahan yang berlaku antara Indonesia dan Malaysia sebab kalau aku ulas tak guna sampai bila pun takkan habis. Aku dah banyak baca komen-komen selepas perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada peringkat kumpulan nak gelak pun ada , nak muntah pun ada , nak nangis pun ada , sakit hati pun ada , elok-elok bincang pasal bola tiba2 out off topic batik lah , orang gaji lah , kuda kepang , poco-poco lah dan macam-macam lagi.

Adakah kita perlu rasa terhina dengan menaiki 'Barracuda'?  Pada mulanya aku sebagai rakyat Malaysia memang terasa terhina dengan pemain Malaysia yang perlakukan sedemikian , kesian mereka terpaksa menaiki kenderaan seperti memang tidak selesa , sempit dan panas tetapi apa kan daya demi keselamatan rakyat Malaysia , pihak penganjur tiada pilihan . Mahu ker kita lihat bas yang membawa pemain Malaysia dipecah atau dibaling batu. Pihak pengajur sendiri tidak boleh jamin akan keselamatan pemain Malaysia.

Yang perlu rasa terhina adalah rakyat Indonesia sendiri ! kerana mereka sendiri tidak boleh jamin akan keselamatan pemain Malaysia. Mungkin teman-teman aku dari Indonesia juga rasa malu dengan dengan sikap sebahagian penduduk Indonesia berperangai sedemikian. Aku berharap pemain Malaysia tabah melalui dugaan. Itu lah rencah kehidupan yang terpaksa dilalui oleh pemain Malaysia dan juga sebahagian rakyat Malaysia yang berada di Indonesia.








Saya adalah blogger bagi MalaysiaBackpackers.Com dan SifuBlog.Com . Kerana minat mendalam dalam blogging saya telah menghasilkan beberapa ebook. Selain dari blog saya juga adalah usahawan printing baju di PrintingBajuOnline.Com. Masa saya banyak dihabiskan untuk blog dan aktiviti kesukarelawan

Related Posts

0 Your comments:

Speak Your Mind And Heart