Anugerah Skrin 2011 membosankan

ASK 2011 membosankan dan hambar , kenapa?
1. Gandingan pengacara Ally Iskandar dan Rozita Che Wan kaku dan hambar. Lagi2 rozita hurrrm
2. Penonton di PWTC tak sporting lansung. Mcm malas nak tepuk lansung semasa persembahan dan org mengambil hadiah. Lagi mencacatkan majlis.
3. Pemenang yg mengambil hadiah spt 'touch and go' mcm xde manners. Mcm kanak2 amik hadiah dlm acara sukan. At least tunduk sikit dan angkat hadiah pd penonton cukuplah. Bertambah bosan aku
4. Ini lagi satu pasal guna Ipad. Siapa punya idea suruh pakai ipad. Ini lah masalah manusia menggunakan kecanggihan teknologi pd salah tempat. Last2 salah kah Ipad. Kejap pakai kad, kejap pakai kad, buang masa jer . Pakai kad sekejap jer dlm berapa saat. Bertambah cacat lagi majlis.
5. Musik latar kemenangan membosankan dan lagi hambar bila que tak kena hahhaa
6. Sila beri komen jika anda rasa bosan dengan ASK 2011, so aku belah supaya tidak menambahkan kebosanan aku .




Pemenang Pemenangnya:

Kategori Drama
  1. Drama Terbaik – ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, ‘Janji Syurga’
  3. Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’
  6. Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  7. Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  8. Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd
  9. Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau’
  10. Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd

Kategori Filem
  1. Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’
  3. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’
  6. Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’
  7. Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee

Kategori Penerbitan Dalaman
  1. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng
  2. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah
  3. Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir
  4. Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010
  5. Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011: Top 12 Show
  6. Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.

Anugerah Khas
Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof
Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji’
Yang pasti aku tidak terhibur lansung dengan ASK 2011

Powered by Blogger.