Bagaimana menjadi seorang backpackers


Ada rakan-rakan bertanya dan juga pembaca yang menghantar email kepada saya tentang dunia backpackers, bagaimana hendak bermula dan di minta minta share pengalaman . Saya di sini bukanlah seorang yang otai atau expert dalam ‘Backpackers’, di luar sana lagi ramai yang pengalamannya lagi banyak dari saya . Tetapi saya di sini sekadar ingin share pengalaman saya dalam dunia outdoor dan backpackers kerana saya sudah lakukan dan maklumat yang saya ingin kongsi adalah untuk para`beginner’ atau yang baru berjinak dengan dunia backpackers.

Ingin saya tegaskan di sini , Backpackers adalah pergi sendiri , rancang sendiri dengan budget yang rendah dengan kumpulan yang kecil atau solo. Maksudnya kumpul kecil itu terpulang pada anda berapa bilangannya tetapi bagi saya kumpulan kecil itu tidak lebih dari 5 orang. Jika lebih dari 5 orang itu lebih baik anda join rombongan cik kiah hahhahaa. Saya pernah lihat dalam group backpackers dalam Fb yang ada organize trip ke luar negara yang bilangan yang pergi melebihi 10 orang . Saya tidak setuju dengan cara demikian , maka terpulang pada anda. Secara asas backpackers pergi sendiri , rancang sendiri dengan budget yang rendah dengan kumpulan kecil atau solo dan bergaul dengan orang tempatan atau geng backpackers dari luar.

Untuk baru yang nak berjinak-jinak atau `beginner’ saya cadangkan buat ‘homework’ tentang dunia backpackers dan buat kajian sedikit tempat yang hendak kita pergi. Bagi geng-geng outdoor mudah sedikit bagi mereka kerana mereka sudah ada `knowledge’ dari segi penyediaan peralatan dan barang yang perlu dibawa. Gunakanlah beg ‘haversack’ yang original kerana ia memudahkan anda untuk mengangkut ke hulu ke hilir dan ia memudahkan pergerakan anda. Jika tidak mampu, belilah yang murah (saya tidak menggalakan anda membeli yang bukan orginal) kerana jangka hayatnya tidak lama, cepat koyak dan menyakitkan tubuh badan anda. Barang yang saya tidak pernah tinggal semasa saya ‘travel’ atau terlibat aktiviti outdoor adalah `rain cover’ , personal first aid dan swiss army. Jika anda menaiki kapal terbang pastikan swiss army anda letak dalam `luaggage’ atau `kargo’ dan jangan letak dlm hand luaggage. Jika tidak menyesal seumur anda mcm saya kena rampas, terpaksalah saya beli lagi satu.

Selepas anda sudah buat homework dan kajian tempat yang ingin dipergi , anda cuba pergi bersama dengan rakan anda sekurang-kurangnya dua orang , jangan pergi seorang kerana anda belum biasa lagi dengan dunia backpackers. Saya mencadangkan anda pergi dalam negara dahulu seperti Pulau Pangkor , Pulau Perhentian , Pulau Langkawi , Melaka, Miri danSabah. Selepas sudah memilih tempat yang anda ingin tuju , jika perlu menaiki kapal terbang seperti Pulau Langkawi belilah tiket awal di AirAsia . Pastikan anda subcribe email dengan AirAsia atau dengan airlines yang lain supaya anda tidak ketinggalan dengan promotion mereka. Selepas itu pilih budget hotel melalui internet di mana anda boleh buat tempahan awal atau anda tahu di mana lokasi budget hotel tersebut. Setengah tempat yang kita ingin pergi ,budget hotel for backpackers terletak berdekatan. Ada tidak perlu risau jika tidak membuat tempahan awal kerana anda boleh terus pergi terus pergi ke tempat tersebut tetapi jika `high season’ seperti hari minggu atau ada event berdekatan kawasan itu selalunya penuh. So elok buat tempahan awal. Setengah budget hotel hanya terima `walk in customer’ tidak dibenarkan membuat tempahan kerana takut apabila sudah tempah tetapi tidak jadi datang . Maka rugilah jika tiada diposit awal dibuat kerana setengah operator budget hotel masih tidak menggunakan sistem yang canggih untuk menerima deposit awal.

Berkaitan dengan budget hotel , budget hotel untuk backpackers tidak sama dengan budget hotel di bandar-bandar besar. Jangan tinggal di budget hotel di kawasan `hitam’ dan anda jangan fikir budget hotel sama macam hotel –hotel 3 bintang. Hanya menyediakan keperluan asas seperti katil sama ada dorm atau single , kipas atau aircond , self service breakfast , toilet diluar , tv diluar dan internet diluar percuma. Di sini anda harus bijak memilih tempat tinggal berdasarkan budget anda dan perkhidmatan yang disediakan. Tidak semua yang anda lihat dalam internet itu betul umpama ‘indah khabar dari rupa’. Contoh saya tinggal di Kota Kinabalu di Stay In Hotel (hotel 2 bintang kot atau budget hotel ) rm 90 bilik untuk 4 orang ada aircond, tv astro, internet dan wifi percuma tetapi tandas diluar tetapi tinggal seramai 5 orang . Maka setiap orang bayar lebih kurang rm 20 berbaloi berbanding tinggal di budget hotel untuk backpackers dengan bayaran yang anda kena duduk dalam dorm double decker mungkin seramai 12 orang yang tinggal bersama dengan anda yang anda tidak mengenali mereka. Kipas sahaja disediakan dan yang lain sama seperti di atas. Di sini anda perlu bijak , jika saya sorang atau berdua saya akan tinggal di budget hotel for backpackers kerana mereka lebih ‘informative’ tetang maklumat setempat berbanding di budget hotel seperti hotel 2 bintang .

Jika tinggal bersama backpackers dari negara luar pastikan barang-barang penting dibawa bersama seperti passport ,camera dan apa yang dirasa penting jika keluar. Jangan ingat mereka ramah dengan kita bermakna mereka baik dengan kita . Memang orang putih ni ramah tetapi tidak semuanya baik . So berhati-hatilah. Di sini ada perlu bergaul dengan orang tempatan dan backpackers yang lain untuk mendapat maklumat yang terkini dan yang baru kerana maklumat yang anda baca dalam buku dan internet tidak semuanya benar dan terkini. Rajin-rajinlah bertanya dan ramah dengan orang tempatan kerana kadang-kadang banyak maklumat yang anda perolehi yang tidak ada dalam buku dan internet. Tidak rugi rajin bertanya dan sentiasa `membuka mata’ bila berjalan-jalan di sesuatu tempat kerana mungkin ada terlihat benda yang baru atau perkhidmatan yang murah seperti pengangkutan . Ingat backpackers pergi bukan untuk membeli-belah tetapi untuk mengembara atau `travel’ sambil bercuti.

Cubalah ke Langkawi dahulu kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan ke sana dan anda akan rasa seronok sambil bercuti. Pusinglah satu Langkawi dengan motor. Pergilah untuk 2 hari 1 mlm atau 3 hari 2 malam.

Jika ada sudah melakukan perkara di atas anda layak dipanggil backpackers. Selamat mencuba.

Powered by Blogger.