Peniaga Melayu

gambar di atas hanya perhiasan sahaja
Biasanya sebelum aku pergi kerja aku akan ion baju kemeja aku dulu , maklumlah aku ni pemalas nak ion baju sekali gus untuk seminggu. Itu lah perkara yang aku lakukan setiap hari sebelum pergi kerja , tetapi pasal ion baju bukan aku nak tetapi cerita pasal ibu yang sibuk mencari resit lama . Ibu aku memang simpang riset lama-lama untuk rujukan dia , kalau dia rajin memang dia akan 'fail' kan , maklumlah ibu aku ini kerja kerajaan so bab-bab prosedur , sistem failing ini memang dia pakar walaupun kadang ofis dia penuh dengan surat-surat dan fail atas meja. Aku bertanya 'Ma, buat apa dengan riset lama-lama?' dia jawab ' Pembuat baju kata tak bayar lagi!" So ibu aku angin satu badan tp tak lah sampai baling pasu, aku cakap ' Tak payah layan, dah dua tahun baru nak minta' . Ibu ku yakin yang dia sudah bayar duit tempah baju dan akhirnya jumpa juga riset itu.

Bayangkan dah 2 tahun baju dah siap tempahan dan ibu aku sudah pakai mungkin dah tak pakai lagi boleh kata tak bayar lagi lepas tu dengan muka tak malu minta bayar . Kalau aku memang tak bayar , peduli apa aku. Di sini kita lihat sikap sesetengah peniaga Melayu yang tidak profesional , sepatutnya setiap urusniaga yang dijalankan hendaklah direkod dan disahkan sama ada bertandatangan atau bercop. Ini akan memalukan diri peniaga itu sendiri . Seperti juga peniaga yang menyediakan makan untuk Jabatan-jabatan kerajaan , jika sudah melaksanakan tugas/job terus hantar 'voucher' jangan tunggu sebulan alamat lah . Sebab proses pembayaran yang dilaksanan oleh jabatan kerjaaan tidak silap saya berdasarkan informasi rakan tidak lebih dari 3 minggu selepas jika tidak peniaga boleh mengambil tindakan.

Sikap ambil mudah dalam setiap perkara akan menjejaskan pengaliran wang dalam menguruskan perniagaan kerana akan memberi kesan dalam pusingan modal.

Post a Comment
Powered by Blogger.