Why you should learn English ?

Pada suatu masa,ada serombongan pengawas sekolah datang ke satu negeri untuk melaksanakan satu kursus bagi pengawas2 sekolah yg terpilih seluruh Malaysia.Antara salah satu slot yang dilaksanakan sempena kursus tersebut ialah mengadakan pertemuan dengan jabatan belia dan sukan dinegeri berkenaan.Maka datanglah wakil jabatan(top Gun jugak lah kiranya) untuk bertemu dan berdialog dengan pengawas pengawas berkenaan.Murid murid ini diiringi oleh beberapa orang guru pengiringnya yang turut sama hadir dalam majlis tersebut.Pegawai yang mewakili jabatan tadi pada mulanya bertali leher sahaja,tetapi telah menukar fikirannya untuk balik kerumahnya sekejap bagi mengambil kotnya ,memandangkan perjumpaan ini agak ekslusif,kerana ianya di peringkat kebangsaan.

Setelah sessi bermula,beliau (pegawai tinggi tadi) memulakan bicara dengan memperkenalkan beberapa pegawai jabatan yang hadir ketika itu dan seterusnya memberikan taklimat ringkas tentang jabatan belia dan sukan negerinya.Taklimat ini juga turut dihadiri bersama guru guru pengiring pengawas berkenaan.Setelah selesai taklimat beliau membuka ruang untuk pertanyaan kepada pengawas pengawas berkenaan.Salah seorang peserta bangun dan bertanyakan soalan,"Can I speak English Sir?".Maka jawab pegawai berkenaan dengan spontan dan cepat" Yess..".Pegawai jabatan yang lain yang berkebetulan hadir sama hari itu,merasa hairan dengan keberanian jawapan oleh pegawai atasannya tadi.



Maka berlakulah pertanyaan dari salah seorang pengawas berkenaan berbunyi,"Sir,may I know,what is the long term PLAN for your department this year?."Pegawai tadi dengan selamba badak terus menjawab dalam bahasa Malaysia,"Err..you pergi ikut satu round about,dan selepas itu pergi straight,dan selepas tu you akan jumpa bangunan Wisma Persekutuan,dan disitulah letaknya jabatan belia dan sukan".Selepas soalan ini dijawab oleh pegawai berkenaan,pengawas tersebut kelihatan terpinga pinga dan nampak pening lalat,dek terlalu tidak faham dengan jawapan itu .Pengawas berkenaan terus duduk dan berpura pura menulis,dan ketika itu nampak beberapa guru pengiring mereka tunduk dan seolah olah seperti kecewa dengan situasi tersebut.

Rupa rupanya pegawai tinggi tadi tidak faham soalan dalam bahasa Inggeris, dan beliau ingat, bila disebut PLAN,terus tergambar difikirannya,soalan itu ia lah merujuk kepada PELAN (laluan) untuk ke Jabatan belia dan Sukan berkenaan.Salah seorang pegawai jabatan belia yang turut hadir sama ketika itu nampak terkejut biawak,dan tunduk lalu tertawa dengan kontrol yang amat maksimum.

Moralenya,jika beginilah "bilik pemikiran" dan "lantai pemahaman bahasa Inggeris asas",yang ada pada seseorang pegawai,maka bagaimana lah kita hendak merancang dan menyediakan acuan terbaik untuk
golongan belia pada masa depan nanti.Kerana yang bertanya itu adalah pewaris masa depan negara.Jika situasi tahap pegawai seumpama ini semakin bertambah,maka bermakna kita semakin meminggirkan kualiti seseorang pegawai dalam kerjayanya dan sekaligus memberikan impak yang tidak segar pada operasi jabatan.Apalah guna pangkat dan kedudukan,jika ianya seumpama Guru kencing berdiri,anak murid kencing berlari..

Sekian,ini bukan cerita rekaan,ianya benar benar terjadi.Saya coretkan disini bukan bertujuan untuk menyentuh dan mempersendakan mana mana pihak,cuma hanya untuk renungan dan mencari kebaikkan demi kerjaya kita pada masa depan....tanyalah saksinya..Masih kah kau ingat?...
Powered by Blogger.