Tuesday, September 13, 2016

Backpacker for youth development

On 8 September 2016 we had fruitful discussion with Malaysia Youth Council (MBM) and Malaysia Backpackers group community base from Malaysian Backpackers Club (MBC) ,Buddies Backpackers Malaysia (BBM) and Malaysia Backpackers (MB).

All lot of things been discuss especially what backpacker or budget traveller can contribute to society and country.

MBM believe that backpackers also have a role in youth development in travel segment. So MBM want to engage with youth in backpackers community.

Looking forward for next meeting !





P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Wednesday, September 7, 2016

Dialog Pemuda Malaysia Indonesia (MALINDO) 2016



Laporan  Wakil MYHA di Dialog Pemuda Malaysia Indonesia (MALINDO) 2016 Di Batam Indonesia.

Pada 5 - 7 Ogos 2016 seramai 24 peserta dialog terdiri dari pelbagai persatuan diantaranya Gerakan Belia 45, PKPIM, Pengakap dan juga wakil Majlis Belia Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Wilayah Persekutuan. Dari MYHA diwakili oleh saudara Mohd Faiz bin Mohd Zin (SUA Kebangsaan) dan Abdul Muiz Misri (Exco Kebangsaan). Antara perkara yang dibincangkan :

Dialog 1 : Regionalisasi dan Globalisasi Ekonomi, Tantangan, Peluang, dan Posisi Pemuda Indonesia Malaysia

Dialog 2 : Indonesia - Malaysia dalam Rajutan Sejarah dan Budaya Nusantara, Modal Sosial Mengokoh

Dialog 3 :  Menumbuhkembang Kepemudaan Indonesia Indonesia dan Malaysia dalam Rangka Menjaga Stabilitas Lintas Udara.

Dialog 4 : Pemuda Malindoa, Membangun Strategi Kebudayaan dan Merawat Tradisi Berlanjutan

Dialog 5 : Peranan Pemuda dalam Pemberatasan NARKOBA Lintas Negara.

Di pihak MYHA saudara Mohd Faiz telah berkongsikan pandangan kepentingan industri pelancongan bagi kedua-dua belah pihak dari sudut pembangunan ekonomi dan keusahawanan bagi Belia di Malaysia dan Indonesia.

Manakala bagi saudara Abdul Muiz berkongsi pandangan dan pengalaman dalam pelaksanaan bersama agensi kerajaan dalam membasmi penyalahgunaan dadah dan masalah sosial terutama di kawasan bandar melalui Majlis Perunding Belia Kawasan.

Pada hari terakhir, hasil Resolusi Dialog Pemuda Malaysia Indonesia (MALINDO) telah dirumuskan bersama secara harmoni dan mencapai sepakat dalam beberapa perkara antaranya:

1. Memperjuangkan bahasa ( indonesia/malaysia atau dikenali bahasa nusantara sebagai bahasa internasional rasmi nombor 7  di dunia.

2. Mencegah penyalahgunaan dadah/ Narkoba di antara dua negara.

3. Mencegah muncul dan berkembangnya terorisme dan radikalisme khususnya dikalangan pemuda.

4. Melaksanakan kegiatan kerjasama dibidang ekonomi dan entrepreneurship dikalangan pemuda.

5. Mendorong dan memperluaskan kerjasama kepemudaan ditingkat provinsi/ negeri dalam membangun sinergi dan partisipasi dikalangan pemuda.

" Kesepakatan akan diwujudkan dalam satu komite bersama yang di sebut PEMUDA MALINDO"

Di pihak MYHA saudara Abdul Muiz telah mencadangkan ditubuhkan Dewan Perniagaan Belia Malaysia Malaysia untuk dimasukkan sebagai salah satu Resolusi Dialog Pemuda MALINDO.

Perkara- perkara yang tersebut (Resolusi) akan dibincangkan secara mendalam (action plan) di peringkat MBM dan KNPI sendiri kemudian akan turun ke persatuan-persatuan  belia dan  majlis belia negeri. Sebagai langkah persediaan pihak MYHA harus menubuhkan jawatankuasa MALINDO sebagai kelansungan Dialog Pemuda Malaysia Indonesia.

Dari pihak peserta dialog MYHA sendiri telah memberikan sumbangan dan komitmen terbaik sepanjang program berlansung demi MYHA dan negara tercinta. Semoga MYHA terus menyokong program pertukaran belia dan menyediakan peserta - peserta muda yang kompeten.

Laporan dari Delagasi MYHA:
1. SUA
Mohd Faiz bin Mohd Zin
2.Exco Kebangsaan
Abdul Muiz Misri 2016

A photo posted by Muiz Misri (@muizwanderlust) on


A photo posted by Muiz Misri (@muizwanderlust) on


A photo posted by Muiz Misri (@muizwanderlust) on



P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Monday, September 5, 2016

Jangan Perdagangkan Ayat - Ayat Allah

'Jangan Perdagangkan Ayat - Ayat Allah' itulah ungkapan dalam filem KALAM KALAM LANGIT.

Filem terbaru dari tanah seberang Indonisia berunsur keagamaan mengenai Jaafar yang melalui pelbagai rintangan antara falsafah dan kehendak ibunya menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran di kalangan penuntut pasantren (sekolah agama) di Indonesia.

Pendapat peribadi aku filem ini belum cukup kuat bermain emosi berbanding filem Indonesia yang pernah aku tonton sebelum ini.

Tetapi dari jalan cerita sangat menarik kerana mengangkat institusi tilawah Al-Quran sebagai subjek utama dalam filem di lokasi pengembaraan dilakukan di Lombok, Indonesia.

Kalau ikut caption terakhir 'Aku Mencari Imanku' seperti akan ada kesinambungan. So kalau anda peminat filem Indonesia jangan lupa kan saksi di panggung wayang bermula 8 September 2016 ini.







Antara barisan pelakon yang hadir dalam Gala Premier Kalam Kalam Langit di Pavillion Malam Tadi


Bersama dengan antara pelakon watak utama 'Azizah' Mariza Febriani


Penyanyi OST bagi filem ini 



P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Thursday, July 28, 2016

Pengalaman pertama picthing di Malaysia Global Innovation Creativity Center (MaGIC)

18 Perkara Buat Aku Serius Untuk Pitching MaGIC.

1. Aku sesat jalan sebab jiwa kacau nak fikir tentang presentation aku td. Practice dlm kereta.
2. Perjalanan aku dari rumah it takes 2 hours from my house to MaGic.
3. Preparation aku start on Friday after I got an email on Thursday afternoon.
4. Preparation slide aku dibantu oleh base on my life experience, Student life, friends , in youth association, working life, my ex bos, ex lecturer, my mom, my dad and my sister.
5. As a scout from heart, bila sampai di satu tempat baru kita akan scout around the place for adaptation and safety. In my case just to explore and adaptation untuk hilangkan nervous.
6. Bagi menghilangkan rasa nervous beli air kopi yang berharga RM6.00. For me is very expensive because I just got 1/3 for one cup.
7. Minum raw coffee without sugar sbb nervous ingat dah ada sugar and the cashier never show me where is the sugar.
8. Alone at one corner and reading my notes to memorise the fact and figure. Dpt msg dari ex bos suruh baca surah ...
9. Enter the room at 11.00 pm and present to 6 panel. After 5 minutes Q & A. Total 10 minutes kot.
10. Tersasul sebut Magic - magic banyak kali bcoz make benchmark with Biji - Biji a local social enterprise.
11. 6 panel terdiri dari various backgrounds represent their organisations.
12. One of the panel ask me, which one come 1st ? money and sale. I said sale.
13. 37 candidates for the pitching but only 25 will be selected for that batch.
14. Sebagai aktivis Belia aku selalu menghadapi isu2 yang berat dan serius.
15. Aku letih menceritakan isu serious dan berat apabila aku bersama kawan2 dari kalangan aktivitis Belia. Nanti aku cerita untuk post akan datang.
16. Terima kasih kerana sudi membaca perkara Serius ini.
17. Kalau anda rasa semua ini perkara serius dan berat maka anda hidup dalam tekanan.
18. So bagi menghilangkan tekanan, aku cadangkan korang layan movie Zack Kapcai pasti buat korang gelak dan sakit perut.
Terima kasih sebab sudi baca heheh


P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Monday, July 25, 2016

Kadar parking naik di kuala Lumpur

Kadar parking naik di kuala Lumpur
Adakah anda setuju dengan tindakan DBKL menaikkan kadar parking dengan alasan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di KL dan memaksa rakyat menggunakan pengangkutan awam?
Mari buat perbandingkan dalam negara.
1. Kerajaan selangor memaksa no plastic on every saturday. Kalau nak plastik kena bayar entah berapa sen. Sama juga seperti negeri Pulau Pinang. Negeri lain I'm not sure. But nilai murah so rakyat tidak bising walaupun terpaksa beli alaaa berapa sen sangat.
2. Kerajaan telah mewajibkan sampah diasingkan demi alam sekitar. Rakyat tidak membantah kerana tidak perlukan keluarkan wang sebaliknya kena ubah sikap dan put afford untuk asingkan sampah. Kalau tidak buat nanti akan di saman.
3. Kerajan negeri Selangor masih dalam pertimbangan tetapi setakat ini usaha mereka melalui Rukun Tetangga. Jika AJK Rukun Tetangga proaktif dengan menjaga kebersihan, kerajaan negeri Sel akan bagi wang dan tong sampah warna oren untuk untuk setiap rumah.
Bagaimana dengan Negara Maju? Berdasarkan kajian ringkas yang pernah saya lakukan terhadap dua negara Singapura dan UK (London)
1. Sistem parking yang dipakai di London adalah mengikut model sistem pangankutan dari Singapura.
2. Mengikut pengetahuan saya di Singapura ada macam2 warna plate kereta tetapi yang saya ingat 3 warna Kereta Batman ( Plate kereta warna Hitam), Plat Kereta Kuning dan Merah. Kalau warna merah ni hanya hari minggu sahaja.
3. Di Singapore, cukai berbeza bukan sekadar mengikut CC tetapi mereka mengikut kepada kegunaan kereta itu. Dari No plate sudah tahu apa kegunaannya. Jika kereta batman pasti murah berbanding kereta plate berwarna kuning atau merah.
4. Di Singapore terdapat tol apabila masuk ke bandar tanpa palang dan hanya menggunakan scanner berkuasa tinggi.
5. DI Guangzhaou, motorsikal menggunakan petrol diharamkan kerana pencemaran udara sangat teruk di sana.
Mari kita lihat sistem pengangkutan awam di Malaysia.
1. Adakah teruk? Sistem pengangkutan di KL sedang dalam proses penambahan koc dan menambahkan laluan
2. Projek laluan bas dan teksi sahaja gagal mendapat tempat kerana rakyat masih selesa menggunakan kenderaan sendiri. Gagal juga projek ini kerana terdapat kenderaan biasa menggunakan laluan khas untuk pengangkutan awam.
3. Sistem Park and Ride yang dibuat masih terdapat kekurangan kerana ruang parking yang terhad dan mahal untuk satu hari parking.
4.Sistem pembayaran MRT dan LRT juga mempunyai kad ketaatan dan faedah yang berbeza utk 7 hari , 30 hari dll. Jika pakai kad Touch & Go x dpt apa2 benefit, bayar sama jer.

5. Anda ada cadangan lain bagi mengurangkan kesesakan jalan raya?


P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Friday, July 22, 2016

Zack Kapcai Buat Aku Gelak Walaupun Aku Serius



Saya berterus-terang yang sebenarnya jarang menonton wayang kerana satu tiada lagi kawan-kawan yang nak ajak saya tengok wayang dan maybe masing-masing dah sibuk dengan keluarga, so takkan nak tengok sorang diri. Rasa macam loser pulak hehehe.

Peluang untuk menonton Movie Day Out Bersama Blogger memang tak akan lepas, walaupun terlambat sikit tapi sempat di sediakan oleh pihak penganjur oleh MIG. Seperti yang kita tahu Penerbit David Teo pun ada sekali hadir pada Movie Day Out.

Mesti ramai orang tahu movie yang dikeluarkan oleh David Teo macam mana tetapi saya cuba melihat dengan hati yang terbuka kerana minat kalau mononton di panggung wayang movie aksi dan berat. Kalau rasa nak happy2 dengan tengok movie hantu.

Berbalik kepada movie Zack Kapcai ni mengisah tentang Zack (Fad Bocey) yang sangat suka berlumba motor. Namun minat main motor di tentang keras oleh ibunya Minah (Serina Redzuawan). Ini kerana kenangan silam dengan suamiya  Rudy Raja Kapcai juga ayah kepada Zack , rumahtangga Minah dan Rudy berkecai.


Selepas Zack menang motor semasa perlumbaan haram, Zack membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur apabila terjumpa poster lama Rudy (Rahim Sepahtu) "Raja Kapcai Akhiri Zaman Bujang" Zack jadi teruja untuk menjejaki ayah dan Tasha adik kandungnya yang telah lama terpisah.


Apakah kesudahanya ? Korang layan lah di pawagam sekarang! Tapi movie tidak sesuai untuk orang yang ingin movie yang complected atau yang berat-berat. Untuk santai-santai dengan kawan-kawan dan ahli keluarga memang bestlah .


Aksi yang seimbang dan ada lawak-lawak dan aksi lumba motor. Malam tu memang letih rasa macam stress, so dapat layan movie macam ni bolehlah buat hidup ini penuh dengan gelak tawa hahaha. Tapi mood kacau sikit sebab tengah layan movie tiba-tiba pelakon Julia Marin yang melakon watak Tasha adik kandung Zack. Bayangkan padang depan lepas tu pandang kanan ini ke Julia Marin hahaha.







So movie sudah berada di pawagam sejak 14 Julai 2016, so korang layan lah dulu cerita ni yer. Gerak lu paper roger!




P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Saturday, July 16, 2016

Travel adapter yang memudahkan hp dan gadget kita

Seringkali perkara yang perlu difikirkan jika pergi travel mesti kita akan fikir gadget yang dibawa. Jika banyak yang bawa maka banyak adapter nak kena bawa dan secara tidak lansung menambah beban beg kita. Ada yang lebih extrem dia akan bawa extension wayar  tetapi setakat ini saya masih belum pernah bawah lagi lah, berat beg saya.
Biasa bila saya travel, saya akan bawa gadget seperti handphone, ipad, powerbank, Kamera DLSR atau Xiomi Yi Cam seperti gambar di bawah. Mesti banyakkan, biasalah nak tangkap gambar moment2 yang penting dan menarik.
Tetapi masalah lain akan ditimbul di mana saya perlu membawa adapter yang banyak jika saya hendak charge dalam masa yang sama. Perkara ini berlaku kepada saya semasa saya travel Indochina selama 28 hari di 5 negara di mana saya terpaksa charge satu demi satu device. Gadget yang paling penting bg saya ketika itu adalah Ipad kerana saya menggunakan Offline Digital Map.
Semua yang berkaitan travel dan aplikasi travel memang saya gunakan Ipad. So keutamaan adalah Ipad berbanding Handpone. Dengan screen yang besar, saya lagi puas untuk melihat digital map berbanding handphone. So bila nak charge pasti saya akan utamakan Ipad. Di sebabkan itu ada yang saya tidak sempat charge bateri kamera seperti berlaku pada saya di Hanoi. Akhir saya terpaksa mengambil gambar menggunakan Xiomi Yi dalam muzium walhal tidak sesuai sekali.
Nampak tak gambar di bawah berapa adapter mobile device yang perlu dibawa. Belum lagi universal adapter yang guna untuk semua negara.

Tetapi setelah menggunakan INNERGIE Life Hub Plus jadi lebih mudah nak charge kerana mempunyai mekanisma Super Speed Charging Hub atau dengan kata lebih mudah tempoh masa untuk charge device jadi lebih cepat selaju adapter original walapun kita berkongsi sehingga 3 device.




Memang saya sangat perlukan INNERGIE Life Hub untuk travel saya. Cuma saya tidak sempat nak gunakan masa balik raya sebab kampung pun dekat di Ijok so balik hari. Hanya gunakan di rumah sahaja untuk charge sekali 2 device. Tetapi berdasarkan pengalaman travel INNERGIE ini akan membantu saya untuk charge pelbagai device sebagai seorang traveller dan juga blogger.
Selain itu percayalah INNERGIE ini juga boleh buat korang tackle awek-awek backpackers kerana korang boleh ajak mereka share kongsi device ini bersama kalau korang guna satu ada lagi 2 kosong. Memang selalunya power plug dekat hostel backpackes ini terhad terutama di tempat awam seperti cafe dan meja makan yang disediakan hostel backpackers.
Kadang-kadang mereka suka lepak sambil layan internet dan facebook sambil charge handphone mereka. So masa ini lah korang tackle mereka dengan INNERGIE ni. Semoga berjaya dapat awek hehehe.
INNERGIE Life Hub Plus belum lagi berada di pasaran dan akan dilunch dalam masa terdekat sabar yer. Tunggu yer.
Untuk maklumat mengenai INNERGIE Life Hub Plus boleh rujuk di sini http://www.myinnergie.com/us/product/11

P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Wednesday, December 16, 2015

ASEAN Young Leaders Summit 2015

ASEAN Young Leaders Summit 2015
Just want to share what I did and learn during 3 days at ASEAN Young Leaders Summit (AYLS 2015). Frankly speaking dalam AYLS 2015 amat berbeza yang pernah saya pergi terutama dalam Group Discussion about 4 pillars iaitu Leadership, Entrepreneurs, Education & Implement and Volunteerism
1. Ulasan saya atas ucapan pembuka KJ : Mantap and Cool ! Beliau tegaskan bawah ingin menambahbaik organisasi ASEAN menjadi suatu organisasi yang kuat dari sudut semangat kekitaan ( 1 ASEAN) , Ekonomi, Pendidikan , Pendesak kepada kuasa dunia dan lain-lain lagi. We are not future leaders but WE ARE PRESENT LEADER melalui AYLS 2015. Setiap initiative mestilah practical and detail.
IMG_3033
2. Tan Sri Rafidah Aziz : Sangat straight forward . ASEAN must aim to be driver seat. Bermaksud segala issu antarabangsa ASEAN hendaklah memimpin dan mempengaruhi dalam segala dasar dan membuat keputusan. Dalam masa yang sama beliau berkongsikan pengalaman semasa dalam KABINET dan apa yang beliau telah laksanakan dengan menekan 3 Ps iaitu Peace, Prosperity dan People dari sudah social culture, economic (have a common market) , security dll. She also suggest that ASEAN should have 1 civic subject about ASEAN starting primary school, exchange program (we have right now so far for youth with some ASEAN country and i think some university have student exchange program), government scholarship and internship for 6 month between ASEAN county. She said that any initiative must be practical and dualable
IMG_3082
3. Session with speaker from various industry : 1st session tak sangat masuk dalam jiwa. 2nd from ICT industry . CEO Time Dot Com, straight to the point and funny. Beliau menggunakan LinkedIn as reference for recruitment how many network do they have and so on. ada sifat Entrepreneurship di mana can fix something , add value and make money. and good critical thinking. Critical thinking bukan datang sekejap tetapi dari various experience. He also said that 'OUR PRIVATE DONT COLLABORATE WITH ACADEMIA AND FAR BEHIND'.
CEO Google Malaysia : Tak best because he busying promote google translate community. Macam dah lari dari objective sebenar.
IMG_3037IMG_3038
4. Group Discussion : Education and Employment : I took very serious on this session.
1st session Thought Starters : with Founder Teach Of Malaysia. Perkara yang dibincangkan adalah vocational education. Share with others delegate where Malaysia dah laksanakan melalui sekolah vocational, IKBN and bantuan kewangan yang disediakan oleh KBS dan PTPK (Skills Development Fund Corporation) dalam memperkasakan Belia Berkemahiran as Skill Worker. Common issues with ASEAN country adalah pandangan masyarakat Skill worker ini adalah second class or bad perception compare to graduate student. Selain itu maklumat tidak sampai kepada sasaran terutama di kawasan kampung disebab tiada access kepada internet dan tv dan juga mungkin tiada kesedaran oleh ibu bapa, So we need to create the awareness among the village people
IMG_3053IMG_3054IMG_3140
2nd Session Idea Box : with Sophie Kamaruddin from Bloomberg Tv Malaysia. Sesi ini sangat berat dan kritikal kerana setiap perkara yang dibincangan / idea akan dilaksanakan sebagai satu manifesto. Saya memberi tumpuan dalam setiap perbincangan dan apabila menyentuh tentang kualiti pendidikan I raise the issue do we need to have same syllabus among ASEAN country ? As we know that syllabus in university is PRIVATE AND CONFIDENTIAL. and they use to compete each other. Then we focus to lower level. The idea is using internet as platform for sharing information/education system among teachers from ASEAN country.
IMG_3056
5. Field Work : With Baitul Amal from Yayasan Salam Malaysia. For me yang dah selalu buat kerja amal tiada rasa apa yang baru bagi bahan mentah kepada golongan yang memerlukan. Cuma suasana itu yang berbeza di mana penduduk bandar yang duduk di Chow Kit ini adalah golongan miskin bandar di mana satu keluarga yang mempunyai 2 -5 anak tinggal di rumah flat di dalam satu bilik dan berkongsi dengan keluarga/orang lain dengan sewaan RM600 sebulan. Sangat menyedihkan dengan suasana yang tidak kondusif.
IMG_3064IMG_3088
6. On last : Every initiative was present in front Minister of Youth and Sport and the moderator for Q and A. Memang sangat mencabar dan benda ini new for me. So each of group will present and have Q & A among delegates and moderator.
IMG_3094

P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Friday, April 24, 2015

Menukar t-shirt lama ke perhiasan dinding

Sebenarnya dah saya ingin membuang t-shirt-tshirt lama tetapi kadang-kadang sayang gak kerana ada yang masih boleh pakai dan juga design masih cantik. Ada juga t-shirt pemberian kawan-kawan. dibelikan semasa mereka travel ke luar negara. Itu yang kadang-kadang saya sayang untuk buang terutama t-shirt travel atau yang dibeli luar negara kerana imej atau gambar pada -t-shirt menunjukkan kawasan sesuatu tempat.

So try search kat Google dan Youtube so dapat idea iaitu jadikan t-shirt sebagai hiasan dinding. So tgk video senang jer dan nak cari frame pun senang banyak jual kat kedai alat tulis. Kerana kedai alat tulis di seksyen 2 shah alam ini banyak peralaran untuk seni lukis. So 'frame' banyak jual dan pelbagai saiz. Tetapi rasa jika banyak sangat t-shirt yang hendak dibuat frame better beli je kayu panjang dan buat sendiri frame kerana lebih jimat. Cuma mengambil masa sedikit je lah.

Apa pun sekurang-kurangnya saya telah menukar t-shirt lama kepada seni dinding boleh menghiasi dinding rumah. Gambar di bawah adalah t-shirt pertama saya 'korbankan' hehhe.

Sebelum dipotong


Selepas potong dan diframekan

perbandingan sebelum dan selepas



Video tutorial bagaimana menukar t-shirt kepada wall art.


P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Thursday, April 23, 2015

Belajar Graphic Design for business purpose

Sebenarnya dalam bidang graphic design ini saya baru dan sedang berjinak-jinak untuk mempelajarinya. So daftarlah kelas iCLASS Design yang di ajar oleh Pakar Graphis Design oleh Razzi Rahman. Ini baru 2 hari belajar buat eBook Cover dari yg tiada basic design. Kalau sebulan mcm mana mesti lagi powerkan hahaha. Apa tak kena dgn design ni? Yang ketara adalah text tidak centre. Berdasarkan rujukan rakan sekerja yg grade Grafik Design yg pertama dia tegur adalah text tidak centre dalam design mesti ada balance. Bila sembang dgn mereka pasal grafik ni paling penting adalah element fungsi bukan sekadar cantik sahaja tetapi punya maksud yg hendak disampaikan

Rasa bertuah dan seronok belajar graphic design kerana kita paham akan tujuan design untuk pemasaran internet dan yang paling penting adalah Sifu Razzi Rahman ini adalah anak didik Irfan Khairi so mereka paham perkara apa yang penting yang belajar tentang graphic design. Doakan saya yer supaya jd graphic designer yang bagus :)





Antara draf design yang saya hasilkan dalam masa 2 hari.






P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below